
nadianatasha1702
5 tahun
Masalah pendarahan vagina
Salam doctor saya N . Berumur 24 tahun dan baru sahaja mendirikan rumahtangga selama 3 bulan . Saya mengalami pendarahan yang banyak selepas bersama dengan suami . Saya bersama ketika selepas period iaitu waktu subur . Apakah normal ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kecederaan alat sulit selepas bersama
- Vagina yang kering
- Jangkitan kuman
- Ketumbuhan; polip
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.