
Sulit
4 tahun
Masalah Penghadaman dan Angin
Masalah ini berlaku apabila selepas saya makan tengah hari. Saya akan berasa loya,sendawa dan kadang-kadang muntah. Masalah ini akan menjadi lebih teruk sekiranya saya mengambil makanan seperti kari.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa ubat yang boleh merawat gejala yang anda alami, namun begitu langkah yang terbaik adalah untuk mengetahui punca masalah sistem penghadaman anda. Antara punca-punca yang boleh menyebabkan masalah anda ialah:
- Kekurangan meminum air kosong
- Kekurangan makan sayuran dan buah-buahan
- Keradangan usus
- Gastritis
- GERD (Acid Refluk)
- Ulser Perut
- Masalah berkaitan pankreas
- Cholecystitis (Keradangan di hempedu)
- Jangkitan buah pinggang
Ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.