
Sulit
4 tahun
Masalah period lewat Dan saya sangat risau adakah saya tengah pregnant
Hello saya dah lewat period 8 Hari saya dah check upt tapi still negative sebelum period saya tidak pernah lewat adakah saya pregnant perut Rasa mengeras kadang sakit sengugut juga Rasa nak period tapi still tak keluar sampai la 8 Hari tak juga period keluar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah lewat haid.
Untuk pengetahuan anda, selain daripada mengandung, haid lewat juga boleh berpunca daripada :
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda boleh ulangi UPT sekiranya masih lewat dalam masa seminggu.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Hamil atau tidak? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi .
Sekiranya keputusan UPT anda masih negatif, sila berjumpa dengan doktor di klinik untuk pemeriksaan lanjut bagi mengetahui kondisi sebenar anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.