
Sulit
5 tahun
Masalah period sejak September
Hi, saya berusia 23 tahun, saya sudah 2 bulan tidak datang period, saya belum berkahwin. tapi sejak akhir2 ini, saya merasakan perut saya tidak selesa (kembung & berangin). Saya ada membuat home pregnancy test tapi keputusannya negatif. Pada bulan 10, saya travel menggunakan kereta keliling Malaysia selama sebulan. Dan setelah menyedari period tidak datang selama 2 bulan, saya agak panik dan ketakutan yg amat sangat selama 2 minggu. Adakah ini antara faktor2 saya tidak datang period?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat pelbagai punca kepada haid lewat seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.