
Sulit
5 tahun
Masalah Period setahun sekali
Hai, umur sy 25 Tahun dan tidak berkhwin… sy mengalami masalah kitaran haid yg teruk. Dimana sy hanya period setahun atau dua tahun sekali… Pernah berjumpa doktor dan diberitahu ni adalah faktor berat badan… Sy disarankan utk menjaga pemakanan yg sihat dan tidak terlalu stress memikirkan dgn masalah sy skrg ni… Adakah ni akan terjejas kesuburan rahim sy? Mohon perjelasan & pendapat dari Doctor… Tq☺️

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keterangan anda tentang masalah kesihatan yang dihadapi perlu diketahui lebih lanjut. Secara umum, ketidak datangan haid boleh dibahagikan kepada dua yaitu yang primer bagi yang tidak pernah didatangi haid serta yang sekunder yaitu yang pernah haid tapi kemudiannya tidak datang haid untuk tempoh yang lama. Ketidak datangan haid sekunder boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit primary ovarian insufficiency yaitu apabila ovari berhenti berfungsi
- Kelainan anatomi pada pembentukan organ reproduksi wanita
- Kelainan pada aksis hipotalamus-pituitari di otak sehingga menganggu fungsi ovari
- Hiperprolaktinemia yaitu apabila hormon prolaktin meningkat sehingga menyebabkan kitaran haid tidak terjadi
- Lain-lain
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dikhuatiri dapat menganggu kesuburan dan perkembangan fisiologi anda sebagai wanita. Maka, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk menangani masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.