orengreen7621
5 tahun
Masalah period tak datang 3 Bulan..wanita obese
Salam,saya Nak Tanya ,period saya sudah 3 Bulan tak dtg,sudah jumpa doktor, doktor bagi ub,at hormon,Lepas makan pil , period datang mcm biasa,tapi bila dah tak makan pil,period kembali masalah,sudah sebulan tak dtg…saya berumur 29 tahun,Masih belum berkahwin,berat Badan kategori obese,saya jugak agak period awal pada USIA 9/10 tahun…adkah Itu punca kenapa period saya ada masalah? Saya jugak pernah ada history cyst 3 tahun lepas
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat selama 3 bulan memerlukan pemeriksaan lanjut untuk mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
kehamilan
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Mengambil pil perancang kehamilan
Masalah polycystic ovarian syndrome
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























