
Sulit
3 tahun
Masalah period. Tidak datang bulan selama 1 bulan 12 hari. First time tidak period sejak mula datang haid
Saya berumur 27 tahun. Berat badan 46, tinggi 151. Saya curious kalau perubahan berat badan boleh menyebabkan hormon tidak stabil. Saya dari mula period sehingga berumur 26 tahun, berat hanya 39-40, sejak PKP berat badan saya naik 6kg… saya risau. Sambil2 ini pengalaman pertama saya tidak period sebulan…
Saya tidak consume ubat ubatan apa2…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan yang terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan pemakanan (anoreksia atau bulimia)
- Fibroid dalam rahim
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Gangguan hormon
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan