
Anonymous
5 tahun
Masalah period tidak datang dua bulan
saya wanita lingungan 20 an dan tidak berkahwin lagi. saya mengalami masalah period tidak datang 2 bulan…sebelum ini, period saya ok tetapi start tahun 2019 period saya akan datang selang seli maksudnya bulan 1 datang bulan 2 tidak datang…pada bulan 6 dan 7 period saya tidak keluar sampai ke hari ini. saya ada tanya farmasi ubat apa yang saya perlu ambil bagi menstabilkan balik period saya…farmasi bagitau saya untuk ambil EPO dan saya telah amalkan ubat ini hampir sebulan. dan saya juga mengalami masalah sakit belakang dan angin yang banyak dalam badan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.