
Sulit
5 tahun
Masalah period tidak teratur berulang kali
Hi doctor, saya berumur 22 tahun , bujang. Saya ada masalah period tak teratur yang kerap, saya pernah 2 bulan tak datang period dan kerap jadi macam tu. Saya dah berjumpa dengan doctor pakar wanita, saya ada makan ubat noresthisterone untuk waktu itu sahaja. Sekarang period saya masih tak teratur lagi, dah lewat 17 hari drpd tarikh sepatutnya (30/3) Saya selalu sakit perut seperti senggugut drpd minggu lepas, tapi masih belum period lagi. Apa yg perlu saya ambil ye ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hi, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang sesuai, punca masalah yang anda hadapi dengan tepat harus diketahui. Untuk itu, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.