Sulit
3 tahun
Masalah Period Yang Datang 2 Kali Dalam 1 Bulan
Hai doktor. Saya berumur 32 tahun. Saya nak tanya nie pertama kali saya kena macam nie di mana period saya datang 2 kali sebulan. Pada 31/04/2020 8pm sya telah haid tapi darah yang keluar terlalu sedikit sampaikan dekat tuala wanita saya kadang2 ada tompok2 darah dan kadang2 tak ada sampai la ke hari ke4 04/05/2020 dan pada 05/05/2020 baru la darah kuar seperti biasa sampai hari ke 9. Ini pertama kali saya mengalami kitaran haid selama 9 hari kalau tak paling lama 6 hari. Dan pada hari ini 16/05/2020 lagi sekali saya period dan darahnya merah terang dan cair cuma ada sedikit je darah beku? Boleh saya tau apa masalah saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sukar untuk saya membuat kesimpulan mengenai masalah yang menyebabkan gejala anda hanya dengan maklumat yang diberikan di atas. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.