Anonymous
6 tahun
Masalah Premature Ejaculation
Saya seorang suami berusia 35 tahun dan mengalami masalah PE. Bagaimana doktor boleh membantu saya dalam menyelesaikan masalah ini.
Terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah cepat pancut tidak berkaitan dengan sebarang penyakit dan sebaliknya disebabkan oleh faktor psikologi, seperti:
- kurang berpengalaman seksual
- isu dengan imej badan
- kebaharuan hubungan
- terlalu banyak rangsangan
Namun begitu, kajian menunjukkan onani yang dilakukan dengan cara yang kasar seperti tanpa pelincir boleh menyebabkan masalah cepat pancut apabila bersama pasangan. Untuk mengatasi masalah pancutan pramatang ini, punca kepada masalah ini haruslah diketahui.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.
































