
Sulit
4 tahun
Masalah Rahim kerana kerap mengalami sakit dibawah ari ari bawah abdomen. Dan ingin mengetahui cara merawat kesakitan tersebut
Hi doc, saya wanita berumur 20 tahun. Saya rasa saya ada masalah dgn rahim saya kerana sering sakit dibahagian ari ari. Saya jugak mengalami :
- Sakit tumit & tapak kaki (ketika dtg haid sahaja)
- Sakit pinggang.
- Selalu kembung perut.
- Cik bawah kentut.
Apakah yg saya perlu lakukan? Bgi merawatnya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Fibroid
- Radang pelvis
- Endometriosis (ketumbuhan tisu rahim di tempat lain)
- Cista ovari
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang masalah yang dihadapi? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!