
Sulit
4 tahun
Masalah rasa sakit di bahagian sekitar dubur
Skit dbhgian sekitar lubang dubur tetapi rasa tidak mahu buang air besar… Dlm masa yg sama saya disahkan menghidap kencing kotor dan sakit di sekitar buah zakar sye… Adkah ini kesan dri kencing kotor saya

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Inginkan kelegaan buat sementara waktu ? Dapatkan ia segera.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit di bahagian sekitar dubur boleh disebabkan:
- Komplikasi dari kencing kotor tersebut
- Jangkitan herpes genital
- Penyakit kulit yang lain seperti (jerawat, sifilis, kankroid, dll.)
- Alahan kulit - pada kain seluar atau sabun
- Trauma / luka
- Inflamasi perineum
Atau gangguan saluran pencernaan seperti:
- Buasir (buasir yang berat akan disertai dengan gejala berak berdarah)
- Rectal prolapse
- Rectal polyp
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah yang lebih tepat haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.