Sulit
4 tahun
Masalah sakit ari ari dan pinggang selepas bersama
Saya seorang wanita berumur 26tahun…sudah berkahwin setahun lebih dan belum dikurniakan zuriat…sejak akhir2 ni , saya kerap skit di pinggang dan kawasan ari ari selepas bersama dengan suami.boleh tahu ke sebab apa boleh sakit ni
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, secara umum, masalah sedemikian boleh berpunca daripada beberapa penjelasan, seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda memerlukan nasihat daripada pakar? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
































