
Sulit
3 tahun
Masalah sakit tuan masalah kelamin
saya lelaki berumur 31 tahun dan juga telah berkahwin. saya mengalami masalah pada ketegangan zakar dan juga pancut awal. apabila saya melakukan hubugan seks dengan isteri saya berlaku seperti masalah itu membuatkan saya tidak puas. baik pada saya mahupun pasangan saya. dulu saya kerap melakukan onani. adakah ia menyebabkan masalah pada masa sekarang ini? apakah doktor mempunyai supplement yang boleh membantu saya untuk mencapai kepuasan yang maksimum?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah sangat terbatas apabila menggunakan medium forum ini.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Untuk pengetahuan anda, seiring dengan waktu dan umur, kemampuan batin seseorang lelaki akan beransur menurun. Namun setiap individu mempunyai jalan cerita yang berbeza.
Antara faktor yang menyebabkan kemandulan lazimnya terdiri dari:
- Faktor genetik
- Faktor usia & hormon
- Masalah psikologi
- Kecederaan organ kelamin
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf organ kelamin terjejas iaitu:
a) Penyakit jantung
b) Diabetes
c) Obesiti
d) Kolesterol tinggi
e) Darah tinggi
Justeru, penyakit yang terkait dengan kemandulan lelaki antaranya termasuk:
- gangguan sperma (i.e. oligospermia, asthenospermia, teratospermia, azoospermia, dll )
- gangguan semen (i.e. aspermia atau kelainan semen yang lain)
- ejakulasi pramatang
- mati pucuk
- kelainan struktur zakar
- dan lain-lain
Antara perkara yang boleh dilaksanakan sebagai usaha mencegah gangguan kelamin pula termasuk:
- Jauhi faktor risiko di atas (selain faktor genetik)
- Amalkan gaya hidup sihat (bersenam, pemakanan yang sihat, dll.)
- Kurangkan berat badan (kolesterol dapat mengganggu sistem saluran darah)
- Elakkan merokok (merokok dapat mengganggu sistem saluran darah)
Namun perlu anda tahu usaha pencegahan lazimnya hanya boleh memainkan peranan
- terhadap faktor risiko yang tidak terkait dengan genetik
- untuk memperlambatkan gejala kemandulan akibat faktor usia
- mengembalikan kekuatan batin pada golongan muda
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mendapatkan rawatan lanjut, anda boleh klik pada link yang tertera (DoctorOnCall). Jangan khuatir kerana kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.