
Sulit
3 tahun
Masalah seksual bersama suami
Hai…saya berumur 26 tahun…sehari selepas habis haid,saya bersama suami…keesokkannya faraj saya gatal tapi hilang selepas 2 hari…selepas itu, saya bersama suami lagi tapi faraj saya jadi kering dan sy kurang ghairah…2 hari berturut turut jadi benda sama…kenapa ya doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara. Contohnya kerengsaan tempatan, tekanan emosi, tubuh anda belum pulih dari tekanan akibat haid. Anda boleh cuba berehat untuk beberapa hari tanpa hubungan intim dengan suami anda, jaga kebersihan kemaluan serta memantau perkembangan gejala anda.
Sekiranya anda mengalami kegatalan pada kemaluan lagi, atau keluar keputihan berbau atau timbulan gejala lain seperti demam, sakit faraj, sakit perut, dan masalah buang air kecil, mungkinnya ia disebab oleh jangkitan atau penyakit radang pelvis. Anda perlulah merujukkan masalah ini kepada doktor pakar sakit puan dengan lebih lanjut untuk dapatkan rawatan yang sesuai.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan.