
Sulit
4 tahun
Masalah suami saya , saya perasan ada nanah di seluar dalamnya tapi tak tahu dari mana puncanya
Seluar suami saya selalu ada kesan menanah pada seluar dalam dia tak tahu kenapa mulanya sikit tapi harini saya tengok makin banyak sebab apa ya dokter?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh suami anda. Untuk makluman anda, nanah dari kemaluan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Sebaiknya, suami anda mendapatkan konsultasi doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut serta diberikan perawatan yang tepat dan efektif. Sementara itu, sebaiknya beliau mengamalkan hal berikut untuk mengelakkan kondisi daripada memburuk:
- Elakkan bertukar pasangan
- Pakai kondom sewaktu melakukan hubungan seksual
- Elakkan menjalinkan hubungan seksual sewaktu dijangkiti penyakit kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.