Anonymous
6 tahun
Masalah tak datang period
Saya wanita berusia 25 tahun… Saya berkahwin pada bulan 12 tahun lepas. Selepas berkahwin saya tak datang period, saya ada check dan doktor mengesahkan yang saya tidak hamil. Dan kami ada buat scan untuk kepastian dan dr. Ckp saya ada pcos tpi tak besar. Dr suruh saya dtg kembali selepas 3 bulan. Saya dtg dan scan sekali lagi tpi pcos tu dah tak ada… Dan sehingga bulan Jun ni, saya masih tak period. Saya juga sedang cuba untuk hamil. Tapi bolehkah saya hamil kalau saya tak period ? Apa yg perlu saya lakukan doktor?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat dua kondisi sahaja di mana haid yang lewat adalah normal, iaitu semasa haid baru bermula atau semasa haid kian berakhir atau menopos. Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Oleh sebab anda telah pun mempunyai faktor risiko iaitu PCOS adalah amat disarankan untuk berunding dengan doktor yang memberi rawatan kepada anda sebelum ini kerana beliau lebih arif akan masalah kesihatan anda .
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.
























