
Anonymous
2 tahun
Masalah underweight dan sukar makan
salam dr. saya ingin bertanya berkenaan underweight . saya berumur 23 tahun dan berat 41 kg. tinggi saya 149cm. 3 tahun lepas berat badan saya ideal dan maintain tetapi sejak sy masuk universiti, berat badan saya berkurang. dulu saya boleh dikatakan chubby. adakah sebab faktor stress yg menyebabkan saya terlalu kurus? saya dah cuba untuk makan banyak tapi portion sikit saja yg mampu saya habiskan. kadang saya berasa letih2, sakit kepala, mual2, gastrik jika lambat makan. apa cadangan dr supaya saya dapat menambahkan berat badan saya? terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan masalah kekurangan berat badan.
- Masalah genetik atau keturunan.
- Usia yang makin meningkat
- Kurang makanan dan minuman yang berkhasiat.
- Menghidap penyakit-penyakit serius seperti hyperthyroidism
- Kencing manis Jenis 1
- Masalah penghadaman seperti penyakit seliak (Coeliac disease)
- Stres atau tekanan emosi dan mereka yang menghidap penyakit psikiatrik seperti kemurungan atau anorexia nervosa
Antara langkah yang anda boleh ambil untuk meningkatkan berat badan adalah
- Mengamalkan diet yang seimbang untuk menambah berat badan
- Senaman untuk menambah berat badan.
- Membina otot
- Bagi pesakit yang menghidap penyakit serius, ubat-ubatan boleh digunakan untuk menambah selera makan (atas nasihat doktor)
- Zat-zat tambahan (supplemen) yang mengandungi vitamin dan mineral
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.