
Anonymous
5 tahun
Masalah wanita, haid
Saya wanita berumur 23 tahun belum berkahwin… Saya nak tanya period saya lewat sebulan kenapa ya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Haid lewat boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Masalah gaya hidup (stress, pemakanan)
- Kurang berat badan
- Masalah kalenjar tiroid
- Kehamilan
- Sindrom Polisistik ovari
- Hiper-prolaktinimia
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.