Sulit
2 tahun
Masalah zakar kecil pada umur 16 tahun
Saya lelaki berusia 16 tahun…saya mendapati zakar saya tidak berubah saiz…saiz zakar saya seperti budak yang berumur 12 tahun…kecik…adakah saya normal ??mimpi basah pon saya tidak pernah.
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda bimbang mengenai saiz zakar anda dan ingin mengetahui jika zakar anda masih boleh membesar secara normal. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, saiz zakar boleh membesar sehingga umur 19-21. Memandangkan anda masih berumur 17 tahun, ada kemungkinan untuk zakar anda membesar lagi. Namun, ia juga bergantung kepada faktor genetik. Jika anda memerlukan nasihat lanjut mengenai perkara ini, sila dapatkan konsultasi dengan doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.