
Sulit
4 tahun
Masih ada darah keluar selepas 2 bulan bersalin
hello dr sya nak tanya kenapa masih ada drh kluar slaps 2bulan sy berslin.tidak begitu bnyak tp warna coklat dan ada yg beku2 mcm tu…adakah saya ada masalah seperti knser atau apa2 penyakit …sebab sejarah fmili ibu kanser rahim …cuma rasa takut kenapa still ada drah …bila sy korek2 kemaluan sya .sy dpti ada drh beku watna coklat mcm tu…mcm drh yg dh lama …boleh tolong jelaskan kenapa

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, darah coklat dan merah gelap yang keluar selepas 66 hari bersalin mungkin darah period atau darah ovulasi. Hal ini kerana darah nifas biasanya turun untuk 4-6 minggu sahaja. Dua minggu pertama merupakan darah yang lebih merah. Darah nifas akan beransur menjadi kuning kemudian putih. Terdapat banyak punca pendarahan seperti:
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!