
Sulit
4 tahun
Masih berdarah selepas keguguran
Saya mengalami keguguran pada 09.11.2020. 21.11.2020 sudah keluar kantung dan diikuti darah yang banyak serta berketul keesokan hari. Persoalan saya, sehingga hari ini 27.11.2020 masih lagi mengeluarkan darah tetapi tidak banyak seperti period. hospital tidak cuci sbb alasan sudah tinggal darah sahaja. Usia kehamilan saat keguguran 10minggu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Mendangkan anda telah membuat pemeriksaan di hospital serta telah memastikan bahawa rahim anda kosong, saya berpendapat ini berkemungkinan darah haid anda. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat .Terima kasih.