
Sulit
4 tahun
Melakukan hubungan sex bersama pasangan
Saya dan pasangan melakukan hubungan intim tetapi sebelum itu saya telah ejakulasi tetapi saya basuh kemudian kami melakukan sex menggunakan kondom. Setelah berapa hari pasangan saya datang period padahal pada awal bulan dia telah datang period. Adakah ia normal atau ada risiko utk mengandung?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, risiko pasangan anda untuk hamil adalah rendah kerana melakukan seks dengan perlindungan, namun kehamilan adalah tidak mustahil. Faktor waktu kesuburan pasangan anda juga memainkan peranan dalam kehamilan. Haid lewat adalah antara gejala yang boleh dialami jika seseorang itu hamil. Kami memerlukan maklumat tambahan tentang kesihatan beliau sebelum boleh memberikan kesimpulan dalam masalah haid yang beliau hadapi.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan pasangan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.