Sulit
5 tahun
Melambatkan darah haid
saya remaja dalam lingkungan umur 19 tahun , saya ingin bercuti pada 8/1 tidak lama lagi . Tarikh jangkaan period saya dalam lingkungan terdekat , apakah ubat yang sesuai beli difarmasi untuk melambatkat haid saya ya ? terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami anda ingin pergi bercuti dalam waktu terdekat dengan minda yang tenteram.
Anda digalakkan untuk tidak berbuat apa apa untuk melambatkan haid anda jika anda tiada masalah kesihatan yang serius kerana anda hanya pergi ke pantai. Anda perlu pastikan kebersihan alat kelamin anda ketika haid.
Terdapat beberapa cara untuk melambatkan kitaran haid seperti pil kontraseptif. Namun begitu, perlu diingatkan terdapat beberapa kesan sampingan ketika pengambilan pil ini. Kesan sampingan – termasuklah mual dan loya, pendarahan yang sedikit yang tidak menentu pada awalnya (breakthrough bleeding) dan kembung perut (bloating). Akan tetapi, bukan semua orang akan mengalami kesan sampingan ini. Selepas berhenti mengambil pil noretisterone ini, haid akan datang dalam masa 2-3 hari. Perlu kami ingatkan di sini bahawa haid yang keluar selepas ditahan untuk beberapa minggu akan lebih banyak dari biasa. Penggunaan hormon-hormon tidak 100 % menjamin haid dapat ditangguhkan.
Walaubagaimanapun, anda diminta untuk berjumpa dengan doktor jika anda masih ingin melambatkan kitaran haid anda secepat mungkin dengan selamat.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda ingin melambatkan kitaran haid anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!


































