
Sulit
3 tahun
Memgalami testis bengkak dan besar dari zakar(seperti testis kambing)
Hello doktor,saya memgalami testis lagi besar dari zakar(jatuh macam testis kambing) …kadang-kadang ia akan rasa sakit… Saya takut lama-kelamaan akan mandul nanti doktor… Itu Sahaja yang saya kongsikan… Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu bengkak pada kemaluan. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Kista (cyst) pada buah zakar seperti “sebaceous cyst”
- Hidrosele - cecair lebihan dalam buah zakar
- Varikosele - saluran darah dalam buah zakar membengkak
- Orkitis - keradangan dalam buah zakar akibat jangkitan kuman
- Alahan dermatitis - akibat alah kepada kain seluar dalam
- Buah zakar terbelit - hal ini tidak mungkin terjadi kepada anda kerana anda akan berasa sangat sakit jika anda menghidapi penyakit ini
Jika masalah ini telah selesai, nikmatilah saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Sekiranya anda mempunyai gejala seperti kesakitan, merah dan bengkak membesar pada buah zakar anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah