
Sulit
4 tahun
Mempunyai rangsangan/syahwat dgn mudah dan cpt
Saya lelaki berumur 19 thun…sy mmpunyai masalah cepat terangsang/syahwat…air mazi kluar dgn mudah dan air mni kluar dgn cpt…ape ptut sy buat ye doc?adakah sy mmpunyai penyakit???dan kdg2 sy juga mmpunyai terangsang tnpa membuat apa2…skian

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Namun begitu kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai masalah yang anda sedang alami.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah tersebut:
- Masalah psikologi: Penyakit bipolar, personaliti, stres, kemurungan
- Kemudahan untuk mengakses kandungan pornografi
- Ejakulasi pramatang disebabkan oleh sebab-sebab tertentu
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am dan kami tidak dapat mengetahui mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Oleh itu kami sarankan anda agar berjumpa doktor atau pakar psikologi supaya puncanya diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.