
Sulit
3 tahun
Mencari klinik untuk konsultasi masalah sakit tuan di selangor
Saya lelaki berumur 26 tahun, telah berkahwin. Menetap di selangor. Isteri saya masih belum hamil walaupun kami ada bersama pada hari ke 14. Saya ingin membuat konsultasi di klinik tetapi saya tidak tahu di klinik mana boleh membuat ujian kesuburan untuk lelaki di kawasan selangor. Boleh cadangkan klinik yang sesuai untuk saya buat ujian

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara amnya, jika anda ingin melakukan ujian kesuburan lelaki, anda boleh berhubung dengan klinik yang mempunyai kepakaran dalam urologi.
Kesuburan pihak lelaki boleh terjejas apabila berlakunya:
- masalah pembentukan sperma (pada lelaki)
- masalah organ-organ pembiakan seperti masalah struktur
- masalah hormon
- akibat jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Justeru, anda harus kenalpasti punca ketidaksuburan anda berdasarkan pemeriksaan dengan doktor. Selain itu, secara umum, tips mudah untuk memastikan kesuburan anda adalah dengan menjaga kesihatan:
- kawal dan kurangkan stres
- amalkan senaman yang regular
- makan makanan yang seimbang dengan semua 7 kelas makanan
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.