
Sulit
4 tahun
Mencari pil atau cara yg sesuai utk saya elak daripada hamil atas sebab ekonomi dan sebab tidak bersedia lagi
Hai . Sy wanita brusia 26 thun dah berkahwin… Baru ini sy ad hubugn intim dgn suami akan tetapi kami memilih utk tidak memasukan alat kelamin lelaki kedalam faraj sy… Suami memilih utk pancut luar… Dan kami brasmara hanya bersentuhan di dinding/bibir faraj dgn alat kelamin suami… Oleh kerana kami tidak bersedia utk memiliki zuriat lg… Bole sy tahu… Adakah dgn cara sebegini dapat mengelakkan sy daripd hamil atau sy berisiko utk hamil wlupn berasmara selepas pancut luar… Dan bole doctor saran kan pil apa yg sesuai utk sy elak kan daripada sy hamil ketika ini…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kaedahperancangan keluarga adalah tidak terhad kepada cara memakan pil sahaja.
Terdapat pelbagai jenis lain menurut urutan daripada yang paling efektif seperti:
- Implant
- Intrauterine contraceptive device (IUCD)
- Suntikan perancang
- Pil perancang keluarga
- Patch
- Vaginal ring
- Diaphragm
- Kondom lelaki, kondom wanita
- Cervical cap
- Kaedah kalendar
- Spermicide
Sekiranya anda melakukan hubungan seks tanpa perlindungan atau menggunakan kaedah perancangan yang lain, kemungkinan untuk hamil memang ada. Hal ini kerana kaedah pancut di luar tidak tinggi purata keberkesanannya. Anda digalakkan untuk bercakap dengan seorang pakar wanita untuk menilai anda dan memilih kaedah yang paling sesuai dengan anda. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.