
Sulit
4 tahun
Menelan air mani suami
Saya wanita berumur 50an, baru berkahwin 2 bulan lepas (status lama bujang). Kami kerap berhubungan intim dan saya kerap menelan air mani suami. Untuk pengetahuan, suami tidak pernah ada masalah penyakit kelamin. Adakah jika kerap telan akan mendatangkan kesan buruk kepada saya? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, tiada masalah untuk menelan air mani sekiranya pasangan anda tidak mempunyai masalah kelamin atau seksual seperti penyakit kelamin atau HIV.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Tidak terdapat kajian yang menunjukkan keburukan menelan air mani buat masa ini.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara langsung. Terima kasih.