Sulit
4 tahun
Mengalami asma melebihi seminggu dan disertai dengan selsema
saya nak tanya ape simptom dijangkiti virus convid yang ketara…sebab sy sesak nafas da sminggu…sy mmg ade asma…klinik x benarkan untuk sy menerima rawatan neb…jd sy gune vitolin pum hampir setiap hari…shari…2…3 kali…sbb rasa lemas…dan kadang2 ade selsema…sy risau pulak jika sy ni ade simptom convid ke tak…ke sememangnya hanya asma
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah seak nafas yang anda alami dalam waktu seminggu ini. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah:
- asma
- jangkitan paru-paru akut (pneumonia)
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah:
- kegagalan jantung
- serangan jantung
- kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
- Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah:
- kekurangan darah merah (anaemia)
- alahan
- resdung
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
- kegemukan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Berkenaan kerisauan anda mengenai COVID-19, jika anda mempunyai sejarah kontak rapat atau memiliki gejala COVID-19, anda dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan bagi mengetahui status kesihatan anda. Untuk makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti anda. Pemeriksaan menyeluruh diperlukan bagi memberikan penjelasan yang anda kehendaki.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




































