
Sulit
5 tahun
Mengalami batuk hampir dua minggu. batuk sedikit berkahak dan tekak rasa gatal-gatal
salam dr. saya wanita berumur 28 tahun. saya mengalami batuk hampir 2 minggu. batuk sedikit berkahak dan tekak rasa gatal-gatal. perlu ke saya buat saringan covid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan anda. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilapor ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Berdasarkan simptom yang anda alami, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala batuk berpanjangan dan tekak gatal yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan kuman atau virus lain (influenza)
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia (jangkitan paru-paru)
- Allergic Rhinitis
- Penyakit tibi
- COPD
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini