
Sulit
4 tahun
Mengalami datang haid lewat selepas melakukan hubungan
Saya wanita 20an. Saya telah melakukan hubungan ketika hari pertama waktu subur(awal bulan) dan menggunakan protection(kondom), tidak klimak dalam. Selepas 3 hari itu, telah keluar coklat cair selama 4 hari dan selepas itu saya mengalami jangkitan kulat dimana keputihan yang gatal. Kini saya tidak ada keputihan langsung dan 6 hari lewat datang haid. Tanda ada cuma masih tidak ada lgi. Saya mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Adakah saya hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda masih risau tentang haid tidak yang lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada anda hamil berdasarkan soalan sahaja. Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui punca mengapa haid anda lewat, terutama sejarah kitaran haid. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.