
Sulit
5 tahun
Mengalami haid yang tidak teratur
Saya wanita berusia 20 tahun dan masih bujang. Sejak sekolah menengah lagi saya mengalami haid yang tidak teratur, kadang-kadang tidak datang haid selama 2 bulan dan bulan seterusnya baru datang haid. Sejak bulan Feb 2020 - awal bulan April 2020, haid saya tidak mengeluarkan darah merah langsung dan hanya mengeluarkan kehitaman. Kehitaman itu tak keluar hari-hari, kadang keluar sehari dua lepastu dah tiada dalam masa seminggu dua ia ada balik dan berlarutan sehingga awal bulan 4. Harini saya lihat ada lagi kehitaman yang baru datang dan last saya lihat pada 7/04. Jadi saya agak risau dengan puasa dan haid saya yg tak menentu ini. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk saya menerangkan punca masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.