
Sulit
3 tahun
Mengalami Kegatalan di bahagian alat kemaluan
saya wanita berumur 20an…sejak kebelakangan ni saya mengalami kegatalan di bahagian alat kemaluan dan timbul bintik-bintik kecil di Permukaan alat kemaluan saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami faham bahawa anda mengalami kegatalan dan timbul bintik-bintik kecil pada kemaluan. Jangan bimbang, kami akan cuba membantu anda menyelesaikan masalah ini.
Secara umum, kegatalan pada kemaluan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Sebab fizikal seperti akibat bulu kemaluan
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
Bagaimanapun, masalah sedemikian juga boleh berpunca daripada perkara yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor dengan segera, seperti:
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara telekonsultasi bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan yang kami berikan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.