Sulit
5 tahun
Mengalami keguguran di awal kehamilan
Saya wanita 20’an dan saya keguguran, usia kandungan 10 minggu…mula keguguran 03 mei … Apakah kaedah, cara atau ubat untuk membersihkan atau mencuci supaya tidak ada sisa sewaktu keguguran yang tertinggal selain berjumpa dengan doktor? disebabkan keadaan sekarang yang tidak mengizinkan, d tambah pula dengan tinggal dipedalaman sangat sukar untuk pergi berjumpa doktor.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan puan, terdapat beberapa jenis keguguran seperti:
- keguguran lengkap
- Keguguran tidak lengkap
- Keguguran septik.
Keguguran tidak lengkap yang bermakna saki baki janin tidak keluar sepenuhnya ini boleh menyebabkan simptom yang sedang puan alami seperti keluar ‘spotting’, keputihan mahupun cecair coklat. Oleh itu, puan disarankan untuk berjumpa dengan pakar sakit puan untuk memastikan keguguran puan adalah lengkap untuk mengelakkan komplikasi yang tidak diingini pada masa hadapan. Rawatan adalah berdasarkan saiz janin dan jenis keguguran yang anda alami. Buat masa ini, tanpa maklumat tersebut, saya tidak boleh mengulas lebih lanjut. Sebaiknya, anda mengunjungi doktor kerana dikhuatiri jika anda ingin merawat dirumah, terdapat risiko jangkitan kuman pada rahim anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































