Sulit
4 tahun
Mengalami masalah Penile discharge
4 bulan
adakah ubat antibiotik untuk gonorrhea? kerana saya rasa saya terkena gonorrhea , saya always rasa sakit jikalau kencing , penis bernanah , bengkak pada atas penis di permukaan tempat bulu , dan adakah rasa cepat letih itu di antara sbb terkena gonorhea? Antibiotik aper yg bleh sy ambil tanpa perlu jumpa pakar buat sementara?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, nanah dari penis boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea, klamidia, trikomonas
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada kemaluan yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Maka, walaupun anda telah mengambil ubatan, bagi mengelakkan masalah memburuk, anda digalakkan untuk mendapatkan konsultasi doktor. Selain untuk mendiagnosis, sesetengah ubatan seperti antibiotik memerlukan preskripsi dan arahan pengubatan oleh doktor.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan. Ini adalah supaya rawatan yang tepat dengan diagnosisi dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.