
Sulit
4 tahun
Mengalami reflux sejak 23/3/2020
Saya 25 tahun lelaki.
Reflux mengganggu pernafasan saya dan saya terasa ada sedikit gas beracid dari perut keluar dari mulut semasa bernafas. Gas ni buat gigi saya terasa ngilu. Tidak ada sesak nafas. Saya sudah jaga makan sejak kelmarin.
Adakah normal seseorang tu terasa reflux sepanjang hari setiap hari dalam tempoh sebulan? (Hal ini kerana saya baru saja tahu saya kena reflux kelmarin)
Apakah cara untuk completely stop reflux?
Bagaimanakah bersenam boleh stop reflux?
Adakah muntah boleh normalkan acid dalam perut?
Saya mohon pendapat dan penjelasan terperinci dari doktor. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah reflux itu sendiri adalah tidak normal. Maka untuk anda mengalami reflux setiap hari, sepanjang hari untuk sebulan tentunya tidak normal.
Antara rawatan untuk merawat masalah reflux ini adalah:
- Perubahan cara hidup
berhenti merokok
mengekalkan berat badan ideal dengan bersenam. Hal ini kerana, obesiti boleh menyebabkan risiko untuk anda mengalami refluk adalah tinggi.
mengelakkan makanan yang boleh menyebabkan refluks
jangan baring sejurus selepas makan
meninggikan bantal di kepala ketika berbaring
- Ubat-ubatan
Antasids untuk meneutralkan asid perut
H-2-receptor blockers untuk mengurangkan pembuatan asid
Perencat pam proton (proton pump inhibitors)- ubat ini lebih berkesan untuk mengurangkan pembuatan asid bagi memberi masa untuk tisu esofagus sembuh
Ubat untuk menguatkan otot yang memisahkan esofagus dan perut seperti baclofen
Sekiranya ubat-ubatan tidak dapat mengawal simptom GERD, rawatan lain mungkin ditawarkan. Seperti:
Fundoplication- otot bawah yang memisahkan esofagus dan perut diketatkan dengan membalut disekelilingnya bahagian atas perut bagi mengetatkan otot tersebut
Alat LINX- merupakan cincin magnetik membalut kawasan antara perut dan esofagus dengan menggunakan cincin magnetik bagi mengetatkan otot tersebut
Selain itu, muntah tidak membantu dalam menstabilkan asid dalam perut. Malahan ia boleh menyebabkan iritasi pada saluran esofagus dan tekak anda. Jadi, anda tidak digalakkan untuk sengaja muntah.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.