
mizznovexx
4 tahun
Mengalami sakit dada pada bahagian tengah, kiri dan kanan dada selama 4 hari. Sakit lebih kerap ketika menarik nafas dan baring melentang
Saya wanita berusia 29 tahun. Sedang mengalami masalah sakit dada agak persistent pada bahagian
tengah dan kanan dada. Sakit lebih teruk ketika menarik nafas dan baring melentang. Adakah sakit ini berkait dengan angina? Saya akan pulang ke kampung untuk raya haji ini. Adakah sakit dada saya ini perlu diambil serious?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit dada ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sukar untuk pihak kami membuat kesimpulan hanya dari maklumat yang anda berikan di atas. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.