
Sulit
4 tahun
Mengambil escapelle selepas melakukan foreplay
Saya risau akan kehamilan tetapi saya hanya melakukan foreplay bersama pasangan di sekitar alat sulit kami & sudah tentu kami berdua merasakan kebasahan apabila bersentuhan . Saya ingin mengambil escapelle selepas seminggu melakukan hubungan tersebut. Adalah masih berkesan untuk mengelakkan dari kehamilan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, dianggarkan bahawa ubat ini akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Pil perancang atau kontraseptif kecemasan yang diambil dalam lingkungan masa 72 jam melakukan hubungan seksual. Ia tidak selalu membahayakan dan mempunyai kesan sampingan tetapi amat jarang sekali ia memberi kesan pada wanita. Paling-paling ia akan memberi kesan haid datang awal atau lambat. Tetapi, jika terlalu kerap dalam mengambilnya, ia akan menggangu kitaran haid.
Bagi wanita yang kerap melakukan hubungan seksual, dinasihatkan untuk mengambil alat pencegah hamil seperti IUCD atau suntikan perancang hormon selain daripada pil perancang bagi mencegah hamil untuk jangka masa yang panjang. Memandangkan anda telah mengkonsumsi pil pertama selepas seminggu, maka ia tidak memberi sebarang kesan atau ubat itu tidak berfungsi dengan sepatutnya.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.