Sulit
3 tahun
Mengandung 31 minggu dengan bacaan VDRL 1:2
Saya mengandung 31 minggu. Bacaan sebelum ini VDRL 1:8, TPHA Negatif. Terkini VDRL 1:2, TPHA masih menunggu result. Setelah baca komen dalam ruang ini, saya menjadi risau kenapa saya tidak diberi antibiotik? Adakah bayi dalam kandungan saya ini sihat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, anda menanyakan mengapa anda tidak diberikan antibiotik. Hal ini kerana rawatan antibiotik hanya diberikan untuk individu yang menghidapi jangkitan sifilis. Berkemungkinan anda tidak diberikan rawatan kerana doktor yang merawat anda telah membuat kesimpulan bahawa anda tidak dijangkiti sifilis. Hal ini kerana keputusan TPHA anda adalah negatif.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.