
Anding
6 tahun
Mengapa anak jiran saya begini?
Salam Doc, saya ada jiran yang duduk belakang rumah ini. Saya lihat anak dia kurus sangat tangan dan kaki dia, tapi perut dia membusung. Pelik juga. Kenapa ya jadi macam tu dokter? Ada tak apa-apa nasihat yang doktor boleh bagi supaya saya boleh pesan dekat jiran saya. Thanks doc

6 tahun
Salam sejahtera.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perut membusung dalam kalangan kanak-kanak seperti penyakit buah pinggang, ketumbuhan di bahagian abdomen, kekurangan nutrisi dan sebagainya. Berdasarkan kenyataan anda di atas, anak jiran anda berkemungkinan besar sedang mengalami masalah kekurangan nutrisi. Masalah kekurang nutrisi atau malnutrisi boleh disebabkan oleh kekurangan karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral. Dalam kalangan ini, masalah kekurangan protein atau kwashiorkor merupakan diagnosa yang paling sesuai untuk anak jiran anda.
Kwashiorkor merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan pengambilan protein untuk jangka masa yang panjang. Tanda-tanda kwashiorkor adalah merangkumi perut yang membusung, bengkak di bahagian kaki, keguguran rambut, gigi yang tidak sihat serta kulit yang lemah. Kanak-kanak yang mengalami kwashiorkor juga akan mengalami tumbersaran dan perkembangan minda yang terbantut. Oleh itu, kanak-kanak tersebut harus dibawa berjumpa dengan doktor dengan secepat mungkin. Kwashiorkor biasanya dirawat dengan menggunakan diet berkhasiat yang diberi secara beransur-ansur.
Sumber protein dari makanan biasanya diperoleh dari sumber daging seperti ayam, lembu dan telur serta produk tenusu. Daging dan produk tenusu merupakan makanan yang mempunyai kos yang agak tinggi. Oleh itu, anda boleh membantu melegakan kesusahan jiran anda dengan mendaftarkan mereka di jabatan kebajikan sekiranya mereka kurang berkemampuan. Selain itu, anda juga boleh meminta bantuan NGO seperti “soup kitchen” untuk membekalkan makanan yang lebih berkhasiat kepada mereka.