
Rani
6 tahun
Mengapa darah haid saya sedikit kemudian keluar banyak?
Hi. Saya datang haid lewat sehari keesokkan darah yg keluar sikit jk.then keesokan pula darah kluar dgn banyak. Kenapa jdi mcm ni?

6 tahun
Salam sejahtera.
Setiap wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza. Secara umunya, satu kitaran haid mengambil masa antara 21 hingga 35 hari dan tempoh perdarahan haid biasanya adalah antara 4 hingga 7 hari. Haid yang lewat atau awal untuk satu hari biasanya adalah normal. Haid merupakan proses fisiologi yang dikawal oleh hormon-hormon di dalam badan kita. Apa-apa sahaja yang mengganggu keseimbangan hormon di dalam badan boleh mengganggu kitaran haid.
Punca-punca utama yang boleh mengganggu kitaran haid adalah tekanan emosi, tidur yang tidak mencukupi, pemakanan yang tidak sihat, perubahan berat badan yang mendadah dan sebagainya. Kebanyakan orang, terutamanya golongan pelajar pernah mengalami kitaran yang yang berbeza untuk satu atau dua hari kerana mereka menghadapi lebih banyak tekanan berbanding dengan orang lain.
Anda menyatakan bahawa anda mengalami perdarahan yang banyak pada hari kedua. Antara tanda-tanda perdarahan haid yang berpanjangan ialah pelimpahan tuala wanita, terpaksa menukar tuala wanita beberapa kali dalam satu hari serta tanda-tanda anaemia atau kekurangan darah seperti sesak nafas, sakit dada, mudah letih dan muka pucat. Untuk masa sekarang, anda tidak mempunyai perdarahan haid yang berpanjangan.
Secara umumnya, perdarahan haid yang paling banyak dalam satu kitaran adalah pada hari ke-2 hingga hari ke-4. Kesimpulannya, haid anda masih boleh dikira normal. Namun demikian, jika terdapat perbezaan ketara antara haid anda sekarang dengan haid anda sebelum ini, anda harus berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mengenal pasti punca kepada perubahan haid anda.