
Sulit
4 tahun
Mengenai kesuburan ketika sebelum dan selepas haid
Hi, sy berumur 28 tahun. Sy ingin mendapatkan kepastian. Jika saya melakukan hubungan intim bersama suami sy pd seminggu dan sehari sebelum sy period dan juga sehari dan hari ke dua selepas sy period. Ada kah kemungkinan untuk sy mengandung itu ada? Kitaran Haid sy 25-26 hari setiap bulan. Tapi utk Haid sebelum ini hanya 3 hari sja dan darah yg sikit berbanding Haid sy yg normal selalu 6-7 hari. Skrg sy ada rasa sakit di bahagian pinggang, mual, tak ada selera nak makan, mudah penat. Terima kasih utk penjelasan nya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah kesuburan.
Untuk makluman anda, dalam satu kitaran haid, wanita akan mempunyai hari subur di mana ovum akan dilepaskan untuk proses persenyawaan berlaku. Proses ini dipanggil ovulasi. Kitaran haid yang biasanya 28 hari, ovulasi atau hari subur berlaku pada hari ke 14, atau 14 hari sebelum anda datang haid. Oleh itu hari yang anda paling subur adalah hari ke 12,13 dan 14.
Sekiranya hubungan seksual tanpa perlindungan berlaku pada hari hari tersebut, kemungkinan untuk anda hamil adalah tinggi. Namun sekiranya hubungan seksual tanpa perlindungan berlaku pada hari hari lain, anda masih berpeluang untuk mengandung tetapi ianya rendah. Untuk mendapatkan kepastian samada anda hamil atau tidak, anda boleh lakukan ujian air kencing di rumah atau ke klinik untuk ujian lanjut.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Bagi masalah haid sedikit, ia boleh disebabkan oleh banyak perkara termasuklah:
- Perubahan gaya hidup seperti tekanan tempat kerja atau di rumah
- Berat badan menurun
- Aktiviti sukan berlebihan dan lasak
- Masalah tiroid
- PCOS
- Penyakit keradangan pelvis
Saya menasihatkan anda untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital bagi masalah masalah yang lain. Saya tidak boleh simpulkan kerana pertanyaan lanjut diperlukan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda,waktu subur atau ovulasi tidak selalu berlaku pada hari yang sama dalam kitaran haid bulanan anda. Hari pertama tempoh anda dirujuk sebagai hari kitaran. Hari kedua tempoh anda dirujuk sebagai hari kitaran dua dan seterusnya untuk beberapa minggu akan datang.
Wanita dengan purata 28-hari dalam kitaran, ovulasi biasanya berlaku di atau sekitar hari ke 14. Hari dalam kitaran haid tidak semestinya bersamaan dengan berapa hari dalam mana-mana bulan tertentu.
Di samping itu, anda mungkin hamil jika mengalami tanda-tanda awal kehamilan seperti:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Pening
- Kerap membuang air kencing
- Bengkak pada kaki (edema)
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana
Berkenaan keterangan anda di atas, saya sarankan anda berjumpa dengan doktor sekiranya rasa sakit yang anda alami semakin bertambah. Jawapan ini adalah keterangan am mengenai masalah anda. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.