
Sulit
4 tahun
Menggigil tp berpeluh
Sy br baik dr demam tp sy mengalamai sakit2 bdn, bberpeluh2 tp sejuk, kurg selera mkn dan loya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah peluh berkait rapat dengan tindak balas pertarungan atau penerbangan (fight or flight) badan. Reaksi ini berlaku apabila badan anda bersiap untuk melarikan diri atau terluka. Keadaan ininjuga yang menghalang oksigen atau darah beredar ke seluruh badan anda dan menumpukan pengaliran darah ke kawasan yang lebih penting. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan yang berbeza iaitu:
Shock (kejutan disebabkan kekurangan darah)
Jangkitan atau sepsis
Mual atau vertigo
Pengsan
Kesakitan yang teruk akibat kecederaan
Tekanan atau kegelisahan
Migrain
Hipoksia (kekurangan oksigen)
Tahap gula yang rendah
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana berkemungkinan demam anda sudah sembuh tetapi punca yang mendasari demam anda belum.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.