
Sulit
3 tahun
Menghidap penyakit pcos and ovarian cyst
saya mempunyai masalah haid yang tidak teratur sejak 2018,ketika itu saya hanya menganggap ia normal mungkin kerana faktor hormon tetapi masalah tersebut berlarutan. Pada julai 2019 saya telah mendapat rawatan di klinik. Doktor menyarakan saya untuk membuat ultrasound dan saya dapati ada cyst berkurang lebih kurang 2.58cm di sebelah ovari kiri saya.Doktor berikan saya ubat untuk turunkan darah.Selepas seminggu saya datang period. Malaynya selepas itu saya menghadapi masalah yang sama lagi. Pada feb 2020 saya ke klinik untuk mendapatka rawatan. Kerana saya mengalami kekejangan pada bahagian perut saya dan ia berlarutan. Doktor scan pada bahagian perut saya dan ketika itu saya dapati ovari kanan saya menunjukkan pcos dan ovari kiri saya mempunyai 2 cyst berkuran 4.4cm dan 3.35cm. Kemudian saya mengambil perancang atas nasihat doktor selama 21 hari. beberapa hari selepas penngambilan pil perancang saya datang period. Kini saya dah lewat datang period. Pada pandangan doktor apa nasihat yang boleh doktor berikan pada saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, PCOS memberi kesan kepada semua bahagian tubuh badan, bukan hanya sistem reproduksi wanita. Ia meningkatkan risiko wanita mendapat penyakit serius yang mungkin mempunyai kesan sepanjang hayat.
Pada PCOS terjadi rintangan insulin sehingga menyebabkan peningkatan risiko diabetes (kencing manis), penyakit kardiovaskular (sakit jantung) dan sindrom metabolik (seperti gemuk, kolesterol tinggi dan sebagainya). Wanita dengan PCOS juga cenderung mempunyai keadaan yang disebut hiperplasia endometrium, di mana lapisan rahim menjadi terlalu tebal. Keadaan ini meningkatkan risiko mendapat kanser endometrium.
Bagi peluang untuk hamil, langkah pertama adalah memastikan ovulasi terjadi. Bagi wanita yang mengalami berat badan berlebihan, penurunan berat badan adalah digalakkan bagi memastikan ovulasi terjadi. Pil perancang boleh digunakan untuk meregulasi ovulasi. Pembedahan pada ovari adalah pilihan terakhir digunakan apabila rawatan lain tidak berfungsi. Walau bagaimanapun, kesan jangka panjang prosedur pembedahan adalah tidak jelas.
Anda digalakkan untuk meneruskan rawatan untuk PCOS anda dalam semua aspek. Teruskan menggunakan pil perancang dan sentiasa memeriksa kadar gula dalam darah anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.