
Sulit
4 tahun
Menghisap dan tertelan air mani isteri
Saya wanita berumur 23 tahun dan baru berkahwin. Adakah selamat jika suami saya menelan air mani saya dan begitu juga saya telah menelan air mani suami ketika melakukan oralsex?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Pastikan kebersihan alat kelamin anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Sebenarnya, tindakan tersebut boleh - dan umumnya selamat untuk - dilakukan. Selain itu, perkara itu juga adalah sesuatu yang normal.
Namun, terdapat juga beberapa kesan sampingan yang mungkin berlaku, antaranya:
- Mual / muntah - kerana kandungan protein yang tinggi
- Pening kepala - kerana zat-zat air mani yang lain
- Trauma - kerana tidak bersedia dari segi mental mahupun terkejut dengan rasa atau bau air mani
- Jangkitan kuman - sekiranya organ kelamin sudah sedia terjangkit sebelum melaksanakan hubungan seks (baca: sexual transmitted disease)
Walau bagaimanapun, anda dan pasangan turut dinasihatkan untuk melakukan ujian air mani atau pemeriksaan organ kelamin terlebih dahulu bagi memastikan anda dan pasangan benar-benar bebas daripada sebarang kondisi kesihatan berkaitan sistem reproduktif. Jika belum melakukan ujian/pemeriksaan ini atau terdapat tanda-tanda jangkitan pada alat kelamin, pihak suami mahupun isteri disarankan untuk menggunakan alat pelindung (i.e. kondom) saat melakukan seks oral.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.