
Sulit
4 tahun
Mengigil teruk dan pening pening
saya wanita berumur lingkungan 17-an. dahulu saya pernah bertanya pada doctor on call tentang saya yang menggigil dan berdebar tanpa sebab. doctor telah pun menjawab soalan saya tetapi kali ini saya makin teruk menggigil hingga diejek parkinson oleh kawan kawan. saya menggigil walaupun tidak melakukan apa apa aktiviti namun gigilan makin teruk sehingga semua barang di tangan jatuh ketika di khalayak ramai. Tolong saya doctor. Keluarga saya sibuk, mereka tak sempat bawa saya ke klinik…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah psikologi:
- Stres
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Hipoglisemia (kurang gula)
- Anemia (kurang darah merah)
- Ketidakseimbangan elektrolit
- Peripheral neuropathy
- Masalah saraf
- Masalah struktur anatomi otak
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana gejala yang dialami oleh anda menyebabkan anda tidak selesa dan mengganggu aktiviti harian anda. Rawatan hanya dapat diberikan berdasarkan diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Kami sarankan anda menghubungi kenalan rapat atau ahli keluarga yang dapat membantu anda pergi ke klinik atau hospital berhampiran. Anda juga boleh membuat janji temu dengan doktor untuk pemeriksaan di klinik melalui aplikasi MySejahtera…
Buat masa ini, kami sarankan anda untuk lakukan perkara ini sebagai salah satu ikhtiar untuk menangani masalah anda:
- Melakukan teknik pernafasan yang betul sebelum membuat sesuatu kerja
- Mendapatkan rehat yang cukup
- Mengamalkan amalan gaya hidup sihat seperti pemakanan yang seimbang dan bersenam.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.