
Sulit
4 tahun
Merah dan gatal pada sesetengah anggota badan
Hi, setiap kali saya lari kenapa ya akan rasa gatal di peha, gatal tu akan hilang dlm beberapa minit lepas saya stop lari. Situasi lain bila saya buat sesuatu mcm saya menyapu, lama2 tgn sy akan merah dan gatal and gatal tu akan hilang dlm bebrapa minit lps stop sapu. Selain pd tu, bila saya tadah/letak telapak tgn pada air yf mengalir kuat/tajam, tgn sy akan merah n gatal tp akan hilang bbrpe minit lps tu. Itu shje, terima kasih.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah kulit gatal boleh disebabkan oleh:
- Urticaria (sopak garam/ gegata)
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.