
Sulit
5 tahun
Merah merah selepas memakai krim kilo
Saya berhenti memakai krim kilo sejak 3 bulan lepas setelah memakainya selama 3 tahun. Seluruh badan saya (termasuk muka tapi tidak bahagian belakang) gatal gatal dan merah. Kenapa dan apa yang patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sebab kenapa krim timbang kilo adalah diharamkan adalah kerana ia mengandungi bahan-bahan terlarang atau bahan-bahan aktif melebihi paras selamat yang mana ia boleh membahayakan kesihatan kulit mahupun organ dalaman seperti buah pinggang. Apabila masalah timbul akibat pemberhentian penggunaan krim, kemungkinan kejadian adalah disebabkan beberapa hal seperti:
- Topical steroid withdrawal yang timbul akibat penggunaan atau pemberhentian krim sapu yang mengandungi steroid
- Impetigo adalah merupakan jangkitan bakteria di lapisan kulit luar yang boleh menimbulkan kemerahan
- Ekzema adalah kondisi bilamana kulit meradang dan memerah biasanya dicetuskan oleh trigger
- Contact dermatitis boleh disebabkan alahan atau iritan
Memandangkan anda mempunyai riwayat penggunaan bahan terlarang yang tidak pasti komponennya, justeru terdapat pelbagai penyebab yang boleh menimbulkan keluhan ini memandangkan krim tersebut boleh menyebabkan atau menutupi masalah kulit sedia ada. Oleh itu, anda perlu merujuk ke doktor agar dapat dikenalpasti penyebab sebenar muka anda menjadi merah. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.